I Found My Life Purpose at My 24-2

(Part 2)

so what happen masa aku di USM?

jujur aku cakap, USM adalah universiti the best yang aku pernah pergi.
before this aku pernah pergi universiti yang lain tapi fasiliti sangat tidak memuaskan
while fasiliti USM adalah the best and tiptop.

nak-2 bila kau dapat desasiswa (asrama) di kawasan luar universiti which is Saujana, Restu dan Tekun. vending machine satu blok ada tiga.
mesin air coway satu aras ada tiga, mesin basuh ada sampai empat biji (setiap aras okay)
so masa di USM ni sesuai la dengan ayat
*Maka nikmat Tuhan yang mana yang kau nak dustakan?*

masa aku first year, senior yang graduate Geofizik 90% dapat kerja best-best
ada yang dapat kerja overseas yang kerja kat Malaysia pula dapat company tiptop
masa ni motivation aku at the highest level kut
yelah, dia macam satu jaminan bagi aku

once aku habis study aku nak kerja as geophysicist, getting lots of experience kerja dengan company besar, dapat travel around the world and masa ni aku nak sangat kerja offshore plus dapat banggakan parents.
masa ni memang dunia gila hahaha *padan muka aku niat awal-2 dah kurang telus

masuk je second and third year, bila survey-2 tak ramai yang dapat secure permanent position dalam company (bukan sahaja dalam field ni tapi juga bidang-2 lain). so aku start to have negative thought  keep on playing dalam minda aku. aku start to view everything negatively.
aku dah tak nampak apa-apa untuk future aku.

luckily masa final sem makcik dan parents aku push aku untuk sambung master.
mungkin diorang pun nak sedapkan hati aku memandangkan masa ni ramai yang tak dapat permanent job even graduate bidang apa sekalipun.

habis je study masa tu lagi dua minggu nak raya. aku balik rumah tak sempat buat apa pun tahu-2 dah raya. then rezeki kami masa tu mak ayah dapat offer pergi haji. alhamdulillah ala kulli haal.

so mak aku pesan awal-2 yang aku kena jaga adik aku.
adik aku tak duduk asrama so kena ada yang hantar dia ke rumah driver.
so lepas je habis study, aku stayback dekat rumah. first month tu raya kaw-2 lah. then kena jaga adik.
masa jaga adik nilah aku belajar cara hidup *terpaksa actually haha.
but bila lagi nak experience kan. nak tak nak nanti aku kena hidup sendiri juga.
time ni aku jadi part-time tutor tolong ganti tugas mak aku ajar budak mengaji iqra dan al-quran

lepas parents aku balik haji aku minta kerja as cashier.
waktu ni goal aku nak kumpul duit 10,000 untuk sambung master. 
aku sempat kerja tiga bulan (ni requirement company before you nak secure permanent job)
tapi mak aku suruh berhenti sebab dealing with arak
plus aku punya eyesight makin teruk sebab drive malam-2 lepas penat kerja seharian
banyak experience aku dapat masa kerja cashier
terutama dealing with people * this part nanti aku share lagi

rezeki aku lepas tiga bulan jadi cashier ada seorang akak ni nak cari pekerja untuk butik dia
akak ni orang kampung aku so prefer orang sekampung juga la lebih senang nak berurusan
alhamdulilllah tahun 2017 aku memang aku kerja as sale assistant la dari januari sampai september

duit gaji memang aku fully save untuk master
tapi ada juga lah buat berjimba kan. hahah!
masa ni aku bersyukur sangat-2 sebab dapat sebaik-baik bos (both boss aku ustaz and ustazah and they are super kind towards me) saudara dia pun treat aku dengan baik
masa ni juga aku dapat sebaik-baik pekerjaan. kira takdelah pergi awal pagi balik lewat malam.
waktu ni syukur gila sebab Allah perkenankan hajat aku nak sebaik-baik pekerjaan, sebaik-baik bos

weekend pun aku dapat spent time dengan family.
cuma time ni apa yang tak best adalah view orang pasal aku.
ada je yang cakap belajar tinggi-tinggi fizik pula tu tapi jadi cashier or kerja kedai baju
menangis aku weh lepas orang tu cakap kat aku hahaha
hati sis tisu masa ni
worst case bila cikgu ko sendiri cakap benda tu depan muka ko
terus aku down.

for one year aku pandang diri aku as useless
i blame everything on me
why am i not competent enough to secure a job?
why am i so useless that i cannot pay back my parents sacrifices?
why cant i be like the others?

actually aku tak pernah benci kerja aku in fact aku suka gila kerja ni tapi tulah
tak kan aku nak rude dengan orang kan
seperti seekor kambing comel aku hanya mampu senyum bila orang cakap macam tu kat aku

aku kena redha sebab aim aku adalah nak kumpul duit untuk sambung master.


***end of part 2***

Comments

Popular posts from this blog

Burning Fire

Hati

knowledge seeker