Tuesday, 9 June 2015

Hati

malam itu

ku biarkan dingin bayu malam menyapu wajahku
air mata yang menitis masih baru
menurun mengikut lekuk di pipi

masih aku sekarang berada di taraf aku yang dulu
jahil
jauh dari Tuhan

aku hairan
dosa yang sama aku ulang. janji yang sama ku ikat
aku ingin taubat

tapi lemahnya iman menjerumus aku ke lembah hina yang sama
dosa yang lalu aku ulang kembali
gelak setan berirama tiap kali aku mengulang dosa aku


puas aku menangis.
bila ini akan berakhir
aku tanya aku. tapi aku tak temu jawapan
aku buka kalam suci itu

az-zumar 56

hiba, Tuhan masih buka peluang buat hamba hina ini
untuk kembali..

peluang taubat masih dibuka. selagi belum timbulnya sang Matahari dari Barat aku kau masih diberi peluang

peluang untuk kembali
kembali ikat HATI pada Dia
Pencipta dan Pemilik mutlak hati kita

ihfizIllah yahfazaka kau jaga Hak Allah,Allah jaga kau
tak nak buat mungkar formulanya solat
nak jaga hati pintunya yang 7 kena jaga
mata , telinga , lidah , perut , faraj , tangan , kaki

semoga kau selamat. dari Jahanam

No comments: