Terungkapnya Sayang-1

*kringgggg*

Jeritan bunyi loceng memecahkan kesunyian bilik darjah. Linn menyusun atur alat tulisnya ke dalam beg sekolah dengan kemas. Tudungnya yang senget ke kanan dirapikan.  Terjuih-juih mulutnya meniup awning tudung supaya terbentuk cantik.

*Linn harini makan di kantin jom.  Atau kau puasa hari ini? *
*aku puasa la mia.  Kan harini hari khamis*

Lalu mia melangkah laju ke kantin bersama rakan sekelasnya yang lain.

Memang sudah menjadi rutin Linn berpuasa setiap hari Khamis.  Selain dapat jaga kesihatan,  duit pun dapat dijimatkan.  Its like killing two bird with one stone.

Minggu ini merupakan minggu terakhir sesi pembelajaran kelas.  Minggu depan pelajar Tingkatan Lima Tekun akan mendudukan peperiksaan SPM.

Menjadi antara sebab juga Linn mengamalkan puasa sunat.  Kerana dia berhajat peperiksaan spm nya mendapat keputusan yang cemerlang.

Linn nekad,  SPM kali ini dia mahu mendapat keputusan semua A.  Linn berharap dia mendapat keputusan cemerlang supaya dia berjaya mendapatkan tajaan biasiswa untuk menyambung pelajarannya.

***
*ibu,  hari esok keputusan SPM Linn keluar.  Ibu free tak esok?  Linn nak ibu ada masa pemberian keputusan esok*
*ibu ada appointment la Linn.  Linn pergi tanya papa.*

*pa.. Do you have some free time tomorrow? *
*sorry linn,  pa have meeting with my client from JB *

Hampa hati Linn.
Dia berusaha bermatian belajar siang malam semata-mata untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Semua ini dilakukan untuk mendapatkan perhatian ibu dan papanya.  Dia mahu jadi seperti mereka.

Ibunya seorang doktor di hospital swasta yang terkemuka di Selangor.  Manakala papanya pula merupakan seorang usahawan yang dikagumi dan dihormati.

Untuk mencapai expectation mereka,  Linn belajar bersungguh-sungguh sehingga dia pernah warded sebab terlupa makan akibat terlalu sibuk belajar.

Tapi pada saat dia ingin membuktikan kebolehan dirinya pada mereka,  mereka tidak dapat bersamanya.

***
*Puteri Nurul Azlinna Binti Megat Daniel*

Berhenti jantung Linn buat seketika.  Namanya diumumkan dalam senarai pelajar yang mendapat keputusan semua A!

Allahuakbar.  Pecah tembok kelopak matanya kerana sebak menahan rasa seronok yang teramat.
This is it.  Inilah yang aku pohon pada Allah setiap kali lepas solat lima waktu.  Allah telah kabulkan hajat ku.

Papa..  Ibu... This is for you.
Linn tak sabar nak balik rumah.  Linn nak tunjuk keputusan SPM Linn pada papa dan ibu.

Linn mampu untuk berjaya macam abang dan kakak.  Linn tak bodoh macam yang orang lain cakap.  Linn berjaya buktikan Linn boleh berjaya macam mereka.

*Tahniahhh Linn,  saya percaya awak boleh berjaya*
*terima kasih Madam Ain,  terima kasih atas tunjuk ajar Ain pada saya*

Madam Ain mengusap lembut kepala Linn.

*mana parents kamu?  Madam nak ucap tahniah pada mereka.  Untung mereka ketiga-tiga anak semua dapat straight A*
*mereka tak dapat datang Madam,  mereka ada kerja*

Linn tersenyum sengih, merah padam mukanya menahan perasaan sebab ibu dan papanya tidak hadir.  Ketika majlis keputusan SPM kakak dan abangnya,  ibunya lah orang paling bersemangat hadir seawal pagi.  Tiba gilirannya,  ibu dan papanya sibuk dengan kerja lain.

***
*Linn,  nak balik dah ke?  Tak nak ikut kami celebrate sekali*
*tak kut Gina,  saya nak balik rumahlah.  Korang pergilah celebrate.  Tahniah ye Gina*

Gina dan Linn  merupakan antara 10 pelajar yang berjaya mendapat straight A. Mereka sering juga belajar bersama-sama kerana Linn seronok dengan perangai kelakar Gina.  Keceriaan yang dipamerkan seolah-olah Gina tidak mempunyai sebarang masalah hidup.  Walhal mereka juga sama-sama tidak mendapat kasih sayang yang cukup.

Linn mengalihkan basikalnya yang terlindung oleh basikal lain.  Dia ingin balik ke rumah secepat mungkin kerana perutnya tak berhenti berkeroncong.  Seharian dia tidak boleh makan apa-apa kerana cemas menunggu keputusan peperiksaan. Sekarang dia sudah lega dan baru sedar akan perutnya yang memberontak kelaparan.

Linn mengayuh basikalnya dengan semampu boleh.  Tenaganya sangat kurang kerana dia tidak makan apa-apa dari tengahari semalam.

Masakan enak bibik tetap tidak dapat menggoda nafsu makannya.  Dalam dia mengayuh basikalnya tiba-tiba berdentum bunyi dua objek berlanggar.

*dummm*

Basikal biru Linn remuk dilanggar van putih itu. Basah baju bunga-bunga kecil berwarna kuning Linn  dipenuhi darah yang keluar dari kepala dan tangannya.

*kenapa ni?* soal cikgu Halim yang kebetulan lalu disitu.
*astaghfirulllah! *

...

Comments

Popular posts from this blog

Burning Fire

Hati

knowledge seeker